Terbaca petikan yang memaparkan sebahagian dari kepercayaan “karut” yang sebahagian kita anuti dalam sebuah keluarga. Ini lebih jelas dan berlaku terutamanya kepada masyarakat yang tinggal di bandar.

Kita merasakan dengan memperuntukan masa dari jam 7 malam (selepas balik kerja) hingga 10 malam (sebelum tidur) untuk bersama anak-anak sudah mencukupi kearah keluarga bahagia. Malah ada resipi keluarga yang lebih malang “beribukan” pembantu rumah…

Petikan itu juga menyebut “Selain itu ada ibu bapa mendabik dada, mendakwa mereka boleh memberi perhatian sepenuhnya pada si anak pada hari minggu. Mereka tidak pula bertanya pada waktu mereka bertungkus-lumus di pejabat, dengan siapa anak mereka berinteraksi”

Ini baru sedikit membicarakan duri dalam masyarakat kita hari ini. Suasana anak-anak yang lebih mengenali dan mempercayai rakan daripada ibu bapa. Rumah hanya tempat untuk makan, minum dan tempat tidur. Tiada roh kekeluargaan dan bermaca-macam lagi masalah yang timbul.

Tapi mungkin ada mengatakan, “ahh… ini mudah jika dilentur dari awal. Suami isteri perlulah bekerjasama dan saling memahami serta bla bla dan bla…………” (mungkin kata orang bujang).

Salam perbincangan.

Ini hanyalah berdasarkan pengalaman. Dengan tidak mempunyai asas dan fakta mungkin menjadikan saya seorang yang dangkal untuk berbicara. Namun perbincangan hanya akan bermula apabila ada yang berani memulakan kata.

Saya mengambil contoh dengan keadaan sekeliling untuk sekadar meluahkan apa yang terbuku. Sebagai orang yang berada di kampung antara topik terhangat politik kedai kopi adalah rasuah. Ini bukanlah suatu yang baru.

“semua polis terima rasuah” ujar seorang pakcik. “alah RM30 pun diaorang ambik” tambahan dari seorang sahabat menghangatkan cerita.

Cerita sebegini bagi saya sudah menjadi biasa didengari dan tetap saya mengatakan ianya tidak tepat. Adalah terlalu sedikit untuk kita dengar pujian ataupun ucapan terima kasih kerana khidmat dan jasa yang dilakukan. Orang kebiasaannya akan terlebih dahulu nampak dakwat yang setitik diatas kertas yang putih.

PUSPAKOM

“aok tok paham mende yang dia cakap (awak tidak faham apa yang dia cakap)” ujar seorang mekanik (dalam lorat Pahang) ketika membaiki kereta saya sambil menceritakan kisah lama berurusan dengan PUSPAKOM. Adakah rasuah dan “ulat” cara terbaik untuk lulus ujian PUSPAKOM?.

Ini saya alami sendiri ketika berurusan dengan PUSPAKOM sewaktu menukar enjin kereta beberapa tahun yang dulu. Berdasarkan undang-undang yang ada saya dikehendaki mendapatkan kelulusan PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum JPJ mengeluarkan geran baru kerana telah menukar enjin.

Pemeriksaan yang pertama dibuat di Kuala Lumpur sejurus selepas mengambil kereta dari bengkel. Ini merupakan yang paling mencabar kerana berada dalam bulan puasa dan hari jumaat.

“ok semua paperwork (dokumen berkaitan) sudah siap, awak bawak ini pergi PUSPAKOM la..” ujar taukeh bengkel. Saya cuma menganguk kepala sebagai tanda faham dan menyangka ianya mudah. Cuma perlu membawa dokumen dan kenderaan untuk diperiksa yang enjin baru telah dipasang.

Keadaan berubah apabila dihadiahkan cop “GAGAL” pada borang pemeriksaan. Sebab gagal kerana tidak lulus ujian brek. “aik, apa kena mengena brek dengan tukar enjin yang baru?” soal saya dalam hati.

Dipendekkan cerita saya menjalani 4 kali ujian kereta dan berhabisan ratusan ringgit tidak termasuk masa yang diperuntukkan.

“ni dah datang dulu kan? takpa biar kami tolong” kata seorang pegawai pemeriksa PUSPAKOM ketika saya beratur menunggu giliran untuk kereta diperiksa. Ini merupakan pameriksaan ke-4 kalinya yang tidak menyangka ianya akan berakhir. Juga saya terkejut kerana pegawai pemeriksa akhirnya cam saya yang sudah berkali-kali datang.

Alhamdulillah, akhirnya saya memperolehi cop “LULUS” darpada PUSPAKOM. Namun yang menghairankan ialah adakah dengan sedikit kata janji “tolong” oleh pemeriksa tadi menyebabkan saya lulus ujian?. Jika begitulah apa yang berlaku, adakah salah untuk membuat kesimpulan bahawa keputusan ujian boleh dimanupilasi sesuka hati.

Pastinya akan membuka pintu-pintu rasuah. Jadi tidak pelik bagi saya apabila kisah PUSPAKOM dikaitkan dengan rasuah keluar di media perdana. Realitinya memang begitu. Macam-macam nama diberi seperti duit kopi, hadiah dan lain-lain tapi hakikatnya sama.

“Alahamdulillah… lulus” itulah kata dalam hati saya kerana berjaya melepasinya tanpa pelu mengotorkan tangan walaupun di cadangkan oleh beberapa kenalan untuk menggunakan “ulat” sebagai jalan termudah.

Salam sejahtera,

Hari ini dihidangkan khutbah yang membicarakan tentang perkahwinan. Satu tajuk yang menarik terutama bagi mereka yang masih bujang ataupun yang ingin berumah tangga. Namun tidaklah kurang pentingnya kepada yang telah berkahwin.

Saya dapat memberi lebih perhatian pada khutbah yang disampaikan. Tidak seperti biasa mendengar khutbah dalam keadaan separuh sedar (mengantuk) hehe… Berumur hujung 20-an, perkataan seperti kahwin, isteri, hantaran dan yang berkaitan menjadi lebih tajam dan cepat didengari oleh telinga. Berbeza sewaktu sekolah dahulu perkataan seperti bermain, lepak dan gadjet (alat-alat komputer) lebih memenuhi 80% kotak permikiran. Zaman dah berubah dan saya semakin “tua” menyebabkan permikiran lama dikikis sedikit demi sedikit.

PERKAHWINAN

Khutbah tersebut telah memetik ayat 21 surah An-Nisa’:

“Dan Bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu Dengan Yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian Yang kuat daripada kamu”

Mengikut huraian khatib perkahwinan merupakan antara perkara yang penting dalam Islam. Banyak cerita dan penerangan yang dapat di pelajari dari Al-Quran. Al-Quran menetapkan ikatan perkahwinan dengan perkataan perjanjian yang kuat. Beliau juga memaklumkan perkataan yang sama juga digunakan oleh Allah dalam firman-Nya untuk menerangkan hubungan yang terbina antara Allah dan rasulnya.

Juga dihurai ayat 21 surah Ar-Rum:

“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.”

Ini merupakan fitrah kejadian manusia yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana individu. Adalah secara tidak logik dan rasional untuk mendakwa mereka adalah orang yang suci lagi mulia dengan menolak hidup berpasangan. Kehendak untuk bersama juga menjelaskan lagi kedaifan manusia berbanding yang maha pencitpa. Mengasingkan diri samada lelaki atau perempuan bertujuan mensucikan diri adalah usaha songsang menafikan keperluan fitrah dan bodoh sombong untuk tidak mengakui kedaifan diri.

Ini sedikit yang dapat saya kongsi dan khutbah merupakan santapan rohani yang wajib keatas setiap muslimin seminggu sekali dan tidak boleh ambil lewa. Khutbah setiap minggu menawarkan tajuk berlainan dan setiap minggu menjadi teka-teki kerana saya tidak mengetahui apakah tajuknya. Minggu lepas tajuknya berkaitan remaja tetapi saya tidak letak disini.

P/s: Mendengar khutbah merupakan sebahagian rukun solat jumaat. Maka dikira tidak sah solat jumaat bagi mereka yang tidak mendengar khutbah.

tengah menonton rancangan dalam astro awani yang bertajuk 60 minutes. Rancangan yang menarik walaupun baru kali pertama menontonya.

Satu sudut membicarakan masalah nutrisi di afrika dan saya pun mengenali apa yang dinamakan ‘plumpynut’ ini. Hm… masalah nutrisi bukanlah perkara yang baru untuk dibicarakan terutama di pendalaman Afrika. Kehidupan yang daif dan ketinggalan dengan dunia globalisasi masakini akibat dari kesan budaya kapitalis……..

(saya memang menghadapi masalah dengan dunia penulisan)

Ok terus kepada tajuk utama iaitu plumpynut. Usaha untuk menangani masalah nutrisi maka dibekalkan kepada penduduk setempat sejenis makanan dalam tiub (seperti ubat gigi) agar dapat diberikan kepada kanak-kanak dengan lebih mudah. Maka dapatlah mengurangkan sedikit sebanyak masalah ini dikalangan kanak-kanak…. sekian.

(hahaha….. saya memang tidak pandai menulis)

Alhamdulillah, ada sahabat kita meluangkan masa untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Beliau telah menghasilkan perisian java untuk rujukan waktu solat diseluruh Malaysia. Perisian ini bukan sahaja memberitahu waktu solat malah azan setiap kali masuk waktu.

Saya telah menggunakannya untuk tahun 2008 dan berpuas hati. Versi tahun 2009 telah dikeluarkan dan berikut adalah link untuk membolehkan muat turun perisian tersebut untuk kegunaan bersama http://groups.google.com.my/group/waktu-solat-malaysia-wsm

Salam ukhwah,

Tajuk post saya pada kali ini diambil dari petikan dalam akhbar mingguan Siasah bilangan 0132 yang ditulis oleh Faisal Tehrani di mukasurat 36. Sebenarnya saya tertarik dengan tajuk ini dan mengambil keputusan untuk dibawa ke dalam blog. Tajuknya sahaja mengambarkan seolah-olah usaha memperlekeh kempen boikot Zionis yang dicanang diseluruh dunia. Ya seluruh dunia dan bukannya di Malaysia sahaja.

Penulis bermula dengan mengambil contoh beberapa barangan harian Boikot 7yang terdapat di sekeliling kita. Hmm… banyak dan mungkin tidak terkira. Bila dikatakan bahawa mi segera Maggi perlu diboikot sudah ada orang yang mengeluh. Malah ada yang meletakkan boikot bukanlah caranya untuk menentang Zionis. Zionis perlu dilawan dengan senjata oleh tentera-tentera Islam katanya sambil menghisap rokok Marlboro.

Tetapi Faisal Tehrani membawa contoh yang agak berlainan, iaitu mungkin ramai yang lupa produk fizikal bukanlah sahaja yang diimport dari Amerika. Input dari Zionis juga seperti rancangan televisyen Heroes, 24, American Idol dan lain-lain lagi. Sedar tidak sedar barangan yang mempunyai kaitan dengan Zionis ini bukan sahaja pada makanan serta minuman yang menjadi darah daging, juga halwa mata serta telinga yang membentuk pemikiran.

Apa buktinya Zionis memainkan peranan dalam dunia telivisyen kita? Beliau mengambil contoh jelas dari Hollywood dan menjadi isi utama dalam artikel ini. Antara ikon dalam seni perfileman AS seperti Wooden Allen, Mel Brooks, Billy Crystal, Robert De Niro, Richard Dreyfuss, Bob Dylan, Harison Ford, Richard Gere dan Jeff Goldblum yang merupakan orang Yahudi. Presiden News Corp, Peter Chermin dan presiden Paramount Pictures, Brad Grey juga orang Yahudi. Tak tertulis saya semuanya disini dan bukannya kita tidak tahu yang hampir semua filem dari sana menggambarkan merekalah yang terbaik, terhebat, pejuang keamanan dan musuh mereka itu adalah pengganas, orang yang kuno dan berfikiran sempit.

Yang lebih menarik perhatian oleh saya sebagai seorang sunni adalah beliau menegaskan negara yang berjaya dalam usaha memboikoi Amerika dan Zionis adalah negara Iran. Negara yang dianggap oleh sesetengah sunni sebagai “Syiah sesat kafir bid’ah pemuja kubur“. Saya termenung dan terfikir ya tak ya jugak tetapi kenapa ya? Di Mekkah pun katanya boleh tonton Britney Spears menari separuh bogel di televisyen.

Realitinya boikot Zionis secara total adalah 99% mustahil pada zaman umat “buih” ini. Namun usaha ke arah itu hendaklah disokong niat dan tindakanya. Usahlah kita pertikai dan menyatakan ini tanggunjawab sifulan bin sifulan kerana itulah sifat bangau oh bangau.

Biarlah menjadi pipit yang usahanya tidak seberapa tetapi usaha menjadi pegangan. Persoalan bilakah kita akan menang ataupun berjaya memboikot Zionis hendaklah dibuang jauh-jauh. Ini kerana tanggungjawab menentukan tarikh bukanlah diatas bahu kita. Di atas bahu setiap anak Adam sebagai muslim terpikul tanggungjawab yang wajib iaitu adalah berjuang di jalan Allah s.w.t.

nm secret talks 070503 ms

Selamat menyambut tahun hijrah yang baru. Tahun ini sambutan maal hijrah tidak dapat ataupun kurang dirasai. Majlis bacaan doa akhir dan awal tahun adalah menjadi amalan yang dilupakan. Tarikh yang hampir dengan sambutan tahun baru 2009 juga menjadi faktor menengelamkan kemeriahan tersebut. Tambahan pula semua media seolah-olah menjadi keliru sambutan mana yang perlu diberi perhatian untuk dipromosikan dan keuntungan pasti menjadi penentu.

Sambutan tahun baru hijrah ini juga mungkin menjadi kenangan manis bagi umat islam diseluruh dunia. Namun apa yang pasti tanah air Palastin diraikan dengan serangan bom dan roket oleh jet pejuang Israil laknatullah. Ada dalam al-quran ada menyatakan bahawa seorang mukmin sejati mampu mengalahkan sepuluh musuh, 10 mukmin sejati mampu mengalahkan 100 musuh dan seterusnya. Malah ianya terbukti dalam sirah nabi yang kita selalu baca. Tetapi dalam kontek umat pada hari ini, mampukah kita untuk melawan mereka?

Hari ini Jumaat, khutbah menjadi kewajipan untuk didengari dan sebahagian dari rukun sah solat jumaat. Santapan rohani kali ini diisi dengan peringatan bahawa tahun baru menandakan umur kita menjadi semakin pendek. Banyak lagi amalan yang perlu dilakukan walaupun itu bukanlah menjadi penentu masuknya seseorang itu ke syurga. Juga perubahan diri juga hendaklah dimulakan oleh setiap mukminin bermula dengan memahami apa islam itu sendiri. Yang jelas disini ialah kita masih “liat” dalam menentukan keutamaan hidup…

Hari ini saya ke Kuantan menghantar anak saudara untuk memohon kemasukan ke sekolah menengah agama. Bertolak dalam jam 730 pagi tadi… tekan punya tekan minyak jam 1030 dah sampai. Hmm… terkejut jugak 3 jam dah sampai, sebab biasanya mengambil masa dari 4-5 jam.

Alhamdulillah temuduganya selesai dan keputusan ujian adalah baik. Namun tidak pasti permohonannya diterima ataupun tidak kerana tempoh memohon telah lama tamat.

Hmm……. ni dah hari keberapa lepas belajar buat blog hari tu. lepas je belajar terus tak amalkan… maklumlah rumah takde internet. hehehehe (alasan). seminggu kalau dapat sejam pun ok apa, ni baru je stat dah nak berkarat. ok cukuplah stakat tu inyallah minggu depan pulak sambung… hahahahahahah

Copied from http://dppwp.wordpress.com – Lebih kurang seribu umat Islam yang prihatin hari ini berjaya menghentikan forum “Memeluk Islam” yang diadakan di Pejabat Majlis Peguam. HImpunan bantahan tersebut dianjurkan oleh Pemuda PAS dan beberapa Pertubuhan Islam bukan kerajaan. Turut serta juga ialah wakil dari GPMS dan badan kebajikan UMNO.

Next Page »